BACA NOVEL ONLINE 2U

Thursday, 26 February 2015

Novel : Awak Suka Saya Tak? 16, 17, 18

Photobucket

Bab 16

Hari – hari yang mendatang sugguh membosankan. Tak ada siapa nak layan aku. Mak ayah macam biasa la dengan dunia mereka. Abang dah terbang berhoneymoon seminggu lepas dia kahwin. Tak ajak aku pun! Esok pulang la abang dan Kak Salina, cukup dua minggu selepas akad nikah. Mesti inai masih merah di jari. Sebut pasal inai, teringatkan resort Hilman. Terus teringat Hilman….

Hilman? Mengingatinya saja pun dah cukup menyakitkan, apa lagi menyebut namanya. Dia hilang macam tu je. Memang dapat rasa malam itu malam terakhir kami jumpa. Dia langsung tak hubungi aku. Sampai aku datang ragu – ragu pulak, dia serius ke tak serius dengan aku. Macam serius sangat sampai ajak kahwin tapi langsung tak berhubung semula. Atau dia tak mahu ganggu aku. Mahu beri aku masa untuk aku berfikir mengenai masa depan kami.

Kenapa dia tak cuba pikat aku? Hantar bunga ke, coklat ke, teddybear ke, any hadiah pun will do. Macam lelaki lain yang cuba memikat aku. Ajak aku makan ke, jalan – jalan ke, pergi masjid pun tak apa. Ish…astaghfirullah al azim. Niat tak baiknya. Pergi masjid sebab nak jumpa Hilman.

Solat Istikharah ? Ermm…nanti la dulu. Kalau hati aku dah betul – betul suka dan pasti, baru aku buat. Buat pun dengan niat nak mohon kepada Allah semoga Hilman bukan pilihan yang salah. Betul ke tidak aku memilih Hilman. Aku tak mahu tersalah pilih. Kahwin itu sekali seumur hidup. Aku mahu habiskan hidupku di samping orang yang tercinta.

Lagi pun aku tak pandai buat Solat Istikharah. Solat Hajat tu biasa la. Nak kena cari buku panduan Solat Istikharah. Mana ya? Tak mahu la ke Kinokuniya kat KLCC. Takut terserempak dengan Hilman. Tak mahu jatuh standard aku kat dia. Nanti dia ingat aku saja ke KLCC, nak buat – buat terjumpa ke apa ke. Ish..minta simpang la. Aku takkan merendahkan diri ku dan membiarkan orang memandangku hina.

Tapi nampak gayanya aku harus segera membeli buku panduan Solat Istikharah. Dah dua malam berturut – turut aku mimpikan Hilman. Apa ni? Belum buat solat Istikharah dah boleh mimpi ? Dah ada pertunjuk?
Mimpi pertama, aku dan Hilman menunggang kuda di tepi pantai. Satu mimpi yang mengarut bagiku. Mustahil. Aku takkan menghampiri kuda apa lagi nak menunggangnya. Minta dijauhkan.

Mimpi ke dua, aku nampak ayah dan ayah Hilman bergelak ketawa dalam satu majlis perkahwinan. Gembira sekali mereka. Rasa majlis tu majlis perkahwinan aku dengan Hilman. Sekali lagi aku tak boleh terima. Rasa mengarut sangat! Aku tak pernah jumpa dan kenal ayah Hilman. Macam mana dia boleh masuk dalam mimpi aku? Yang hairannya, aku tahu lelaki cina sebaya ayah itu ayah Hilman. Pelik. Betul – betul mainan tidur!
**************

Terasa tak sedap hati pulak, seperti diperhatikan. Toleh tengok , semua orang sibuk dengan hal masing – masing. Perasaan aku saja kot. Mata ku melilau atas bawah rak, kepala ku senget – sengetkan membaca tajuk – tajuk dan akhirnya…..Panduan Mengerjakan Solat Sunat. Mataku mencari Solat Istikharah. Alhamdulillah ada pun.

“Beli buku? ”
Ya Allah…terkejut aku! Hilman? Aku cepat – cepat sorokkan buku di belakang . Macam la dia tak nampak.

“Buat apa kat sini? Beli buku ? ”

“Tak, tengok bola.” Guraunya.
Aku senyum + sedikit geram. Dia masih belum lupa insiden di panggung wayang hari tu.

“Jom saya belanja makan…”

“Kat mana? ”

“Johnny’s steamboat.”

“Oh kebetulan pulak. Memang mak dan saya nak makan kat situ.”

“Mana mak Intan? ”

“Mak window shopping dengan kawan – kawannya.”

“Tak ikut? ”

“Tak…nak cari barang sikit. Lain tujuan. So, kami berpecah . Lunch hour nanti jumpa kat Johnny’s.”

“Ok, shall we.”

Kami sama – sama menghala ke Foodcourt Sari Rasa Alamanda. Masuk ke Johnny’s ,tunggu mak dan kawan- kawannya. Handphone ku berbunyi, mak call. Aku memandang Hilman yang menunggu buah bicaraku selanjutnya.

“Mak tak habis lagi…Masuk saloon pulak. Kita makan dulu ya.”

Kami order set untuk dua orang. Sambil menunggu tu, aku ralit melihat sepasang couple, perempuan Cina dan lelaki Mat Salleh. Mereka makan mi hun goreng bayam sambil berpegangan tangan . Yang perempuan tu makan tangan kiri dan guna chopstick. Cekap betul. Mat Salleh tu pun sama. Guna chopstick juga. Suap menyuap dan perempuan Cina tu letak ayam gorengnya ke atas pinggan boyfriendnya. Bibir sentiasa tersenyum dan saling pandang memandang antara satu sama lain. Seolah tiada manusia lain. Hanya mereka berdua. So sweet!

“I will do the same after our marriage…” Hilman tiba – tiba bersuara. Ish ..termalu aku. Terlupa Hilman kat depan. Pasti dia perasan apa yang aku pandang.

Awak buat apa kat sini? Tak kerja ?”

“Tak. Hari ini Isnin. I off.”

“Jauhnya jalan. Sampai ke Putrajaya.”

“Saja…boring. Asyik around KL je.”

“Tak ke masjid pulak, tak ada program?”

“Malas nak pergi. Tak ada mood. Sekarang ni berjalan pun macam tak pijak tanah. Terawang – awang je. ”
Aku faham maksudnya. Lebih baik diam. Makanan yang dipesan pun sampai. Banyaknya… habis ke? Hilman sibuk mencelup seafood dan sayur. Hirisan ayam, fishball, udang dan telur dipecahkannya ke dalam periuk steamboat. Kemudian dia meletakkan sayur baby kailan dan park choy yang dah siap dicelur ke dalam mangkuk ku.

“Jemput makan Intan. Sayur tak mengemukkan..” senyumnya

“Terimakasih…Jangan la kasi sayur semua kat saya. Saya nak juga udang , fishball dan lain – lain. Jangan awak makan seorang…” aku usik dia.

“Ingat kan diet hari ni….ha ha ha.”
Kalau boleh dengar gelak dia hari – hari kan bagus. Malam ini aku mesti buat Solat Istikharah! Mesti!
*****************

“Baby…”
Darahku tersirap. Tiada orang yang memanggilku baby kecuali…Aku menoleh. Lain macam je rupa dia. Penuh misteri dan mencurigakan.

“Seronok jumpa boss I? ”

“Apa hal you nak sibuk? ”

“Tak ada la nak sibuk. Cuma kesian je tengok baby.”
Malas nak layan. Aku keluarkan kunci kereta dan …..dia rampas kunci ku!

“Apahal ni?!!!”
Dia tersengih je. Geramnya aku! Aku cuba rampas balik tetapi tak berjaya.

“Listen! I want to tell you something…”

“Pulangkan kunci I!”

“Dengar dulu apa yang I nak cakap. ”

“Ok..cakap lekas.”

“You ingat Hilman betul – betul suka kat you ? ‘

“Hei…apa you nak sibuk?”

“I nak beritahu you, Hilman bukannya suka you pun. Tentu dia beritahu you , dia kaya raya kan. Itu semua nonsense. Saja nak pikat you sebab you ni loaded.”

“I don’t care who he is. Sekaya mana dia, semiskin mana dia. I tak pandang semua tu. I ikhlas berkawan dengan siapa saja. Dengan orang yang ikhlas dengan I. Orang yang tak kesah I macam mana. Sebagaimana I kawan dengan you and Shasha. Wang bukan segala – galanya.”

“Tapi berapa ramai yang benar – benar ikhlas dengan you? Selepas mengetahui you ni siapa? Anak siapa?”
“Danish, jangan you ingat semua orang macam you. Pisau cukur!”

“Jangan nak menipu diri sendiri. You sendiri pun tak kawan siapa – siapa selepas tragedy antara kita dan Shasha. You pun dah tak percayakan sesiapa. Kalau tak , takkan berkepit dengan abang je. You nak dilindungi. Selesa in your comfort zone.”

“Jangan nak memandai.”

“I always watching you. Tak dapat dari dekat, dari jauh pun boleh. I cuma menunggu masa untuk mendekati you semula.”

“Tak malu. Tak serik lagi kena abang I hari tu ya.”

“Apa la sangat ….hilang bengkak, hilang la sakit.”

“Bak sini kunci kereta I.”

“I belum habis lagi. I nak beritahu you, Hilman bukan siapa – siapa. He’s a loser, worse than me. You bukan orang pertama dia bawa ke situ. Dah berlambak betina dia angkut. Bermalam tu biasa la. Dia tak sekaya yang you imagine. Macam tu la cara dia pikat perempuan. Tak kira tua atau muda. Macam gigolo pun ada. Asal ada yang hulur…”

“Stop it!”

“Why? Tak sanggup nak dengar? He never loves you. Bagaimana dia layan you, the way he talked to you…”

“Ok…apa you nak sebenarnya…” aku cuba bertenang

“Tak ada apa. Cuma kasihan kat baby I. Poor rich girl. You will never find true love. It’s your destiny. Bad luck.”

“Thank you Danish. I’m really appreciate it. Thank you for telling me the truth.”

“Hmmm..that’s better. Macam tu la babyku, Intanku yang cute…Walau pun I nampak jahat di mata you, tetapi hati I suci murni. Tak sanggup tengok you kena main. Kasihan….kita pernah kawan kan. Apa kata kita kawan semula? ”

“Ok…tak ada masalah.”

Danish menghulurkan tangannya. Aku sambut dan dia menarik tanganku perlahan – lahan ke bibirnya, mengucup tanganku sambil tersenyum, matanya merenungku tajam…seksi!
“Boleh kita jumpa lagi? ‘

“Boleh…bila – bila pun boleh.”

“Welcome back Intan to my world. I akan gembirakan you lebih dari segala – galanya.”
Dia memulangkan kunci keretaku. Bila aku mengambilnya, sekali lagi tanganku digenggam dan dikucup penuh nafsu.

“Ok Danish. Lain kali la pulak. Nanti orang tengok …” aku melarangnya dengan lembut.

“Ok dear. Nanti kita jumpa ya.”

Aku masuk dalam kereta, start enjin, kemudian aku keluar semula, pintu kereta ku biar terbuka luas,

“Danish…I lupa nak kiss pipi you.”

“Intan! Oh..you’re hot! I tak sangka…” happynya dia

Aku menghampirinya, tangannya mula nak memeluk aku, dan….

“Adoi!!!”
Dia membongkok dan memegang kangkangnya, menahan ngilu. Aku siku belakangnya sekuat hati. Dia tergolek jatuh!

“Ini untuk kiss tangan I!”
Aku sepak belakangnya lagi kuat – kuat.

“Ini untuk Hilman!”
Cepat – cepat aku masuk kereta. Aku keluarkan handphone dan aku ambil gambar dia yang sedang terguling kesakitan. Rasakan ! Jahat sangat! Ingatkan dah insaf!

“You bitch!”

” Aikk..bunyi lagi mulut tu. I langgar kang!!!”

“Jangan ….” Tau takut!
Aku terus pandu kereta keluar …Sempat lagi dengar dia jerit.

“Tak ada tempat lain ke kau nak sepak. Adoi!!!.”
Aku gelak tetapi dalam hati terasa ngilu…pedih sangat dengan kata – kata Danish mengenai Hilman tadi.
Apakah ini satu pertunjuk untuk aku? Siapakah Hilman sebenarnya? Tadi aku lunch dengan Hilman. Selepas berbabai – babai, aku ke car park , nak pulang ke rumah. Malas nak tunggu mak and the gang, tak siap – siap lagi. Terserempak pulak dengan Danish jahanam tu.

‘ Poor rich girl. You will never find true love!”

———————————–

Bab 17

Sampai rumah tiada sesiapa, Pak Cik Mad pastinya ke Alamanda menjemput mak. Bibik – bibik, sibuk dengan kerja masing – masing. Abang dan Kak Salina pasti ke mana – mana. Bagus tinggal aku seorang. Aku memang perlu berseorangan. Need time to think. Rumah sebesar ini tiba – tiba rasa sempit sangat. Sesak nafasku. Rasa nak lari je, tapi ke mana?

Selepas solat asar, aku berendam dalam kolam renang. Berenang dan menyelam puas – puas. Nak sejukkan hati dan kepala. Bayangan Hilman dan Danish silih berganti.

Abang datang. Hilman bersamanya! Apa ni? Ada apa – apa yang aku tak tahu ? Pelik betul? Kenapa Hilman ada di sini? Kenapa abang bawa Hilman ke kolam renang pulak? Kenapa tak tunggu saja aku di ruang tamu atau bilik study?

“Intan naik sekejap…”

Aku menjeling mereka berdua. Jauh hati dengan abang kerana aku rasa tersisih sejak abang berkahwin. Sakit hati dan sedih dengan Hilman …tak tahu nak kata . Aku dah mula ragu – ragu dengan Hilman. Kalau nak pikat aku, pikat dengan cara bermaruah! Hilman begitu konfiden sekali yang aku akan menyatakan ya untuk soal hatinya.

“Intan….mari…naik kejap.” Abang memanggil lagi.

Aku buat tak hairan. Aku menyelam ke dasar kolam dan duduk diam – diam, menahan nafas. Biar mereka tahu, aku tak nak jumpa mereka. Agak – agak nak putus nafas, aku timbul semula di permukaan, mengambil udara. Ish…ada lagi mereka berdua, tersenyum – senyum melihat aku. Aku menyelam semula, panas hati. Air kolam pun tak dapat menyejukkan hati aku.

Agak – agak mereka dah pergi, aku timbul semula. Tercungap – cungap mengambil udara. Laaa…ada lagi Hilman ni. Abang dah tak ada. Hilman tersenyum lebar, gayanya nak tergelak pun ada. Aku menjeling tajam. Tak faham bahasa ke? Aku tak mahu tengok muka dia!

Aku menarik nafas panjang dan aku menyelam lagi. Lama betul aku rasa aku menahan nafas di dasar kolam. Pasti Hilman dah pergi! Aku timbul jauh dari tempat aku menyelam tadi, di pinggir kolam dengan niat nak naik dan lari cepat – cepat ke bilik. Aku tak mahu jumpa sesiapa pun!

Cun – cun je aku timbul, Hilman dah menunggu di tepi kolam. Wajah kami betul – betul berhadapan dengan aku yang terpaksa mendongak sedikit. Matanya ke mataku . Dia duduk dengan gaya tersendiri dan di tangannya sudah ada tuala.

“Berapa lama Intan nak duduk dalam air? You are not a fish or a mermaid, “usiknya

“Go away.’

“We need to talk. Jom naik.”

“Tak mahu. Tengahari tadi saya dah jumpa awak, sekarang nak jumpa lagi. Tak ada apa yang nak dibincangkan.”

“Ok, kalau tak mahu tak apa. Tapi baik Intan naik cepat, nampak dah kesejukan dan bibir pun dah biru.”
Ish…sampai ke bibir aku dia tengok. Tak jaga mata betul! Aku berenang menjauhinya dan melonjakkan diri naik. Hilman mengekori aku dari tepi kolam dan menghulurkan tuala . Aku sambut dan lap muka ku.
Aku langsung tak memandangya. Tak suka lihat mukanya yang begitu berkeyakinan. Apa? Dia ingat aku mudah tergoda dengan dia?

“You buat apa kat sini? Dengan abang I pulak tu.”

“Ber you ber I ni pasti marah kan? “usiknya lagi.
Aku berjalan meninggalkannya, Hilman mengekor dari belakang. Dari luar aku lihat abang sedang bercakap sesuatu dengan mak ayah di ruang tamu. Bila mereka semua ada kat rumah? Ada apa ni? Kenapa pulak Hilman ada kat sini? Macam misteri sangat? Aku berpusing dan mengadap Hilman. Hampir terlanggar dia kerana aku tiba – tiba je berpusing. Begitu dekat sehingga aku terpaksa mendongak, aku berundur setapak dua.
“Ada apa sebenarnya? Kenapa you kat sini? ”

“We need to talk. Tetapi lebih baik Intan tukar dulu baju mandi, nanti bertambah sejuk, demam pulak nanti.”
Amboi…ambil berat konon.

“Ok tunggu I kat ruang tamu.”
Aku melangkah malas ke bilikku. Membuka tudung dan baju renang yang melekat di badan. Aku mandi , bersyampu dan bersabun lama – lama. Biar Hilman boring tunggu…Tetapi fikiran ku tak tenteram.
Aku masuk ke ruang tamu. Nampak mata mak bersisa air mata. Mak menangis? Kenapa? Ayah dan abang muram je. Hilman saja yang kelihatan tenang. Hati aku tak sedap.

“Intan….Hilman ke sini nak minta izin dengan kami untuk meminang Intan dan bersegera menikah.” Ayah bersuara lambat – lambat.

What? Aku memandang Hilman, macam tak percaya.

“Kami dah setuju.”
What?!! Setuju?!! Tanpa bertanyakan pendapat aku dulu? Oh tidak!

“Jadi mungkin majlis akan dilangsungkan secepat mungkin. Selewat – lewatnya bulan depan.” Ayah lega selepas selesai.

Aku memandang wajah mereka bersilih ganti. Ada sesuatu di belakang ini semua. Kenapa terlalu mendadak? Aku control diri dan cuba bertenang. Aku tak mahu melenting di depan ayah dan mak
“Mak harap Intan setuju dan tak membantah.” Tambah mak.

Matanya merah semula. Ni menangis sedih ke happy? Abang diam saja. Matanya sentiasa memandang wajahku , seperti berharap agar aku setuju. Hilman macam biasa la, tenang. Well, I have to admit, he is a good actor. Muka baik – baik gitu.

“Boleh Intan cakap sekejap dengan Hilman? ”

“Ya …bincang la apa yang patut. Nak buat kat mana, nak jemput siapa, nak pakai baju apa, tema apa…” sambut mak gembira.

What?!! Oh…jangan mimpi la mak. Ada orang yang nak kena kunyah ni! Aku berjalan keluar ke taman dan Hilman mengekor.

“Kenapa you tak sabar sangat ni? I belum buat apa – apa lagi.”

“I think your answer is yes.’

“My answer is no!”

Dia diam, memandang ku tepat – tepat.

“I tak kata apa – apa pun lagi. I minta tempoh kan. Kenapa you ni gelojoh sangat? Jangan nak main kotor la. Tak dapat pikat I, pikat my family pulak. Be a gentleman ok.”

Mak! kasarnya bahasa. Rasa bersalah pulak…tetapi dah terlajak.
Muka Hilman berubah. Tiba – tiba aku rasa sedih melihat wajahnya berubah demikin kerana mulutku. Kenapa aku tak control amarahku?

“I’m sorry. I begitu yakin yang you tidak akan menolak .” dia pulak ber I you, pasti marah.
Sambungnya lagi,

“Nampaknya you bukan jodoh untuk I sebagaimana I selalu doakan. Pertemuan semula kita semakin hari semakin menyakitkan. Ada – ada saja yang you tak puas hati dengan I. Sampai I rasa serba salah. Wajah you tidak lagi menenangkan hati I. Penuh plastic, ego, berlagak, dendam dan marah. I rasa jiwa you kacau.”
Mak aih…Hilman kutuk aku! Aku hot semula!

“Mr Hilman, you expect me to believe your nonsense love story? Cerita rekaan you tu? You want me to believe that you have been waiting for eight years ? Dalam filem Hindustan boleh la. Liar! ”

“If you don’t want to believe, it’s ok with me. But never call me a liar. Jangan nak menghina perasaan I kat you. Nampaknya you memang tak layak dapat cinta I. I mencintai orang yang salah!”

Huh! Aku genggamkan tangan menahan marah. Ringan je aku nak lempang mukanya.
“I don’t need your love, a stranger…yang tiba – tiba mengaku suka kat I. Yang mengaku I gadis pertama yang you bawak ke resort , mengaku anak orang kaya. Entah – entah cerita pasal Islam you tu pun tak betul. Saja nak memikat I. You ingat I apa? I tak mudah terpedaya dengan cerita kaya raya macam tu. I tak hairan!’
Kali ini Hilman nampak betul – betul marah. Dia mendekati aku…seram pulak aku tengok mukanya. Merah menyala sampai ke telinga , marah sungguh dia.

“I have my own life. You ingat bila I kata I suka kat you, I tak boleh lupakan you, I nak bertapa selama 8 tahun macam Budha? You ingat I macam Sunan Kali Jaga, wali songgo tu, yang bertapa selama bertahun di tepi sungai, tanpa makan dan minum? Tanpa tukar baju , tanpa bercukur? Sehingga badannya ditumbuhi pokok kerana beliau tidak berganjak? You ingat I nak duduk dan berzikir dengan nama you?”
Hilman dah buka kitab.

“I menunggu you selama ini bukan dengan berpeluk tubuh dan berharap saja. I have to be realistic. I tetap kena belajar, tetap kena bersosial, tetap kena bernafas, kena makan , kena minum. Bukan macam hero dalam filem Hindustan . Dah ramai orang yang I bawak. Apa yang I maksudkan ialah you gadis yang I cinta, I bawa ke sana. ” Smashnya balik

“Alhamdulillah , I Islam kerana Allah. Kalau I Islam kerana you, hari ni jugak I murtad!”
Hilman pergi dengan marah. Aku tak habis cakap lagi , dia dah belah! Banyak lagi aku nak tanya dia, pasal perempuan – perempuan yang ditidurinya. Nasib baik juga aku tak tanya, niat nak kunyah dia tapi tadi dari gayanya, macam aku nak ditelannya hidup – hidup.

Pertama kali aku melihat Hilman benar – benar marah . Bila difikirkan semula, rasa macam pelik. Kenapa tergesa – gesa nak kahwin? Apa kata orang kat aku? Mesti orang ingat aku ni termengandung . Tahu saja la mulut orang.

—————————

Bab 18

Aku berkurung dalam bilik. Makan minum pun bibik angkat ke bilik. Aku rasa macam semua orang dalam rumah boikot aku. Gasak la siapa nak boikot. Soal hidup aku, mereka pandai – pandai je nak campur. Abang yang selalu berpengertian pun , aku rasa dah jadi macam orang asing kat aku. Rasa dia berubah sangat, lain sangat, tak macam dulu – dulu. Hati aku terbakar dengan api cemburu. Terbakar dengan keberuntungan Kak Salina. Kenapa aku tak boleh bahagia seperti orang lain? Adakah lahir sebagai anak orang kaya ini satu sumpahan untuk aku? Benar kata orang, wang bukan segala – galanya. Wang tidak boleh membeli kebahagian.
Here I am. Alone, sad dan jiwa kacau? Jiwa kacau? It was Hilman’s word. Teruk sangatkah aku ? Aku merenung cermin dan menilik wajahku. Wajah yang tiada seri….Hmm lojik la tiada seri. Aku malas nak layan wajahku. Malas nak membelai diri. Aku terbaring lemah je di atas katil…TV terpasang tanpa ditonton. Macam orang putus cinta je. Putus cinta? Dengan siapa? Takkan dengan Hilman? Aku belum pasti lagi perasaan kepadanya. Malahan semasa dia meluahkan kemarahannya, aku tak rasa apa – apa. Cuma rasa sedikit kesal kerana pertemuan kami harus diakhiri dengan cara begitu.
Dia dah tak suka aku lagi!

Terdengar ketukan di pintu, malasnya aku nak bangun. Bibik la ni…Awal sangat nak hantar sarapan. Aku membuka pintu dan abang…

“Boleh abang masuk? ”

Aku tak bersuara, pintu ku buka luas dan aku terus ke katil, meniarap semula,
“Intan ok?” abang duduk di tepi katil.
Diam.

“Dah 3 hari macam ni, tak keluar – keluar bilik. Muka pun dah naik pucat. Mak ayah risau.”
Diam.

“Intan sedih Hilman putuskan hubungan? ”
Adoiii…tersirap darahku. Nasib baik aku tak larat. Kalau tak, ada yang kena terajang dari katil ni.

“Bila pulak Intan ada hubungan dengan muallaf tu?”

“Tak baik cakap macam tu. Dia ada nama , Hilman.”

“Hilman ke Hillman ke He Man ke…I don’t know him!”

“Tapi gayanya macam orang frust menonggeng je. Cuba duduk elok – elok. Tengok muka abang. Abang nak cakap sikit.”

“Abang ni utusan Laksamana Cheng Ho tu kah? ”

“Laksamana Cheng Ho pulak….Hilman la…” abang gelak.
Aku bangun dengan malas, mengadap abang dengan bersila dan memeluk bantal.
“Ok…you have five minutes. Nak cakap apa lekas…”

“Kenapa tak nak sebut nama dia? Rasa berdebar ketika namanya disebut?”
Ish……

“Rasa tak keruan bila namanya disebut? Rasa excited sangat bila jumpa dia walau cuba nak control? Rasa damai bila melihat wajahnya? Rasa senang sangat dengan senyumannya sehingga boleh mengira barisan giginya? Termimpi – mimpikan dia…ternampak – nampak dia…tersipu – sipu bila di depannya…rasa macam serba tak kena. ”

Mak aih…macam betul la pulak.
“Ini sajak ke? Bila nak buat persembahan? “aku mengelat

“Sajak pulak. Itu semua perasaan Intan kat Hilman la.”

“Mana ada. Biasa je.”

“Abang tahu la perasaan itu …sebab abang pun mengalaminya.”

“Perasaan apa? “saja buat bodoh

“Perasaan cinta. You have to confess you love him.’

Pandai je abang, mengarut. Pergi kat kak Salina tu. Tinggal bini pulak.” Aku halau abang

“Hanya orang yang bercinta mengenali orang yang sedang bercinta.”

“Ala….pergi la….Jangan kacau la. Orang nak tidur.”

“Intan cintakan Hilman.”

“Stop all that nonsense! I don’t love him. I hate him! ”

Abang diam .
“Ok…bagaimana abang nak mula ya.”

Aku baru perasan yang abang begitu berhati – hati nak bercakap dengan ku. Perasaan curiga kembali semula.

“Apa hal ni bang? ”

“Intan dengar diam – diam. Beri abang peluang bercakap . Tenang dan sabar , ok. Promise? ”

“Promise.” Macam rahsia je, berdebar

“Hilman …”

“Kenapa dengan Hilman? Ada apa – apa terjadi kat dia ? ”
Abang senyum lebar. Aku baru perasan..opsss

“Dengar dulu… Masa Hilman bawa Intan ke resort dia tu, dia tak tahu yang Danish tu ex course mate Intan. Danish beritahu Hilman yang Intan ni dia yang punya. Intan ada hubungan sulit dengan Danish tanpa pengetahuan keluarga kita. ”

Kalau tak abang suruh aku janji dok diam – diam, rasanya aku dah melompat dari katil. Jahatnya Danish!
“Berhubungan sulit sehingga bersekedudukan, dah macam laki bini.”

Makkk…aku gigit bantal, menahan geram. Abang senyum je melihat reaksi aku.
“Hilman tak percaya. Berlaku pergaduhan di antara Hilman dan Danish. Hilman siap cabar Danish agar tunjukkan bukti . Tentu saja Danish gagal . Danish telah dipecat . Kemudian dari sumber yang boleh dipercayai, rupa – rupanya , Danish telah merancang untuk mencolek Intan. Nak minta duit tebusan .”
Ya Allah…berdiri bulu romaku.

“Dia dah lama mengintip pergerakan Intan. Dan kami pun mengintip pergerakan dia. Pada hari Intan ke Putrajaya dengan mak, masa itulah peluang Danish nak mencolek Intan. Tetapi dia gagal. Hilman sentiasa bersama Intan kan? Mak dan kawan – kawan mak , kami bawa ke tempat selamat. Sebab tu mak tak datang jumpa Intan kat Johnny’s. Pertemuan di Putrajaya bukan secara kebetulan.”

Patut la aku rasa macam palsu je keadaan ketika itu.. Hilman tak romantik macam biasa…opsss…Dia romantik ya? Macam dok berjaga – jaga dan terkawal sangat segala tindak tanduknya.

“Kami pasang perangkap. Hilman sengaja tak hantar Intan ke tempat parking kereta . Dah agak Danish pasti berada di sana dan bersiap nak mencolek Intan. Rancangannya gagal kerana rakan subahatnya tidak tiba ke tempat kejadian seperti dirancang. Polis dah tangkap . Plan dia dah rosak. Kami nampak apa yang Danish buat kat Intan. Tak sangka pulak Intan belasah dia…ha ha ha. So senang la kerja kami dan polis. Tangkap saja la Danish samseng taik minyak , yang sedang tergolek, menahan senak.”

“Boleh Intan bersuara ? ”

“Ya silakan.”

“Bila abang tahu semua ni?”

“Sekembali dari berbulan madu. Hilman hubungi abang. Kami bekerjasama dengan pihak polis.”

“Macam mana tahu yang Danish nak colek Intan? ”

“Dari roommate dia, rakan sekerja di resort. Dia cerita macam – macam kat roommate dia, siap ajak ikut plan dia. Roomate dia tak mahu, takut. Bila dia kena pecat, roommate dia beritahu Hilman.”
Alhamdulillah…aku selamat. Perasaan bersalah mula timbul.

“Itu sebab mak nangis hari tu ya. Hari Hilman propose Intan?”

“Ya…menangis sebab bersyukur sangat Intan dapat diselamatkan. Kami sangat berterimakasih kepada Hilman. Semua orang risaukan Intan. Tetapi….”

Aku menunggu….
“Hilman yang nampak paling risau. Sehingga abang rasa cemburu pulak. Rasa bakal kehilangan adik kesayangan abang kepada seorang lelaki yang sangat menyayangi Intan, melebihi kasih sayang abang, melebihi kasih sayang mak ayah. Abang rasa cemburu kerana kasih sayangnya kepada Intan. Rasanya nothing can stop him from loving you. He cares about you, a lot. Intan belum menjadi miliknya tetapi dia sangat mempertahankan Intan. Dia langsung tak percaya Intan sudah tiada dara. Dia sendiri bercakap dengan Danish, dia tahu Intan gadis yang macam mana. Yang sangat tegas dan ada prinsip tersendiri. Bukan sembarangan lelaki yang boleh menyentuh Intan. Intan seperti angin, lembut mendamaikan tetapi bila bertukar ribut taufan, apa di jalanan habis dimusnahkan.”

Oh Tuhan! Kenapa tak jadikan aku bisu je?

“Kenapa tak cerita semua ni kat Intan dari awal? Kenapa?”

“Nak cerita apa? Pasal Danish nak colek Intan? Kami tahu peel Intan macam mana. Kalau Intan tahu Danish ada niat jahat macam tu, Intan yang akan pergi jumpa Danish. Intan akan membahayakan diri . Adik abang ni kan suka membuta tuli dan mengikut perasaan dalam bertindak. So, lebih baik kami diamkan hal ini dan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa. Segala pergerakan Intan dan Danish dalam perhatian mereka.”

“Kenapa tak beritahu Intan mengenai perasaan Hilman kat Intan? Mengenai dirinya? Kenapa Hilman tak beritahu sendiri? ”

“Will you believe me? Will you believe him? I don’t think so. Intan tak mudah percaya cakap kami. Intan nak bukti. Abang nak Intan lihat sendiri kejujuran Hilman tetapi malangnya….tindakan Intan sangat melukakan hati kami.” Wajah abang sedih.

“Tapi Danish cakap macam – macam pasal Hilman. Sekarang baru Intan tahu itu semua fitnah. Lagi pun Intan pelik, kenapa nak cepat sangat kahwin.”

“Intan, dari awal perkenalan Intan dengan Hilman lagi abang dah siasat Hilman. Malahan setiap lelaki yang mendampingi Intan , abang ambil tahu.”

“Siasat Hilman? Bagaimana? Tanya orang ?”

“Tanya orang. Tanya dari sumber – sumber yang boleh dipercayai. Paling senang, google je. Berderet nama dia keluar.”

“Macam tu pun percaya. Entah – entah auta je lebih. Google pun boleh menipu.”

“Abang ada maklumat tepat mengenai Hilman. Bukan kita memandang harta dia. Abang tak mahu kisah lama berulang kembali. Abang takkan biarkan adik abang didampingi oleh lelaki yang tak guna macam Danish tu. You deserved the best man, remember. Because of your golden heart. Abang nak cari suami yang terbaik untuk Intan. Hilman lelaki yang baik. Hilman tak mahu berlama – lama. Dia nak menjaga dan melindungi Intan seumur hidupnya. Nak berkasih sayang mengikut cara Islam yang sebenarnya. So, perkahwinan jalan yang terbaik. Buat apa nak bercinta lama – lama. You are very lucky…but it’s too late now. You hurt him so badly. Kasihan dia…”

Oh Tuhan! Sebak dan sesal mula menjalar ke seluruh urat sarafku. Aku mula teresak.
“Kalau Intan tak sudi kat Hilman, tak perlu hina dia. Hina keislamannya. Abang rasa tak percaya adik abang bercakap macam tu.”

Abang menarik nafas dan menyambung,
“Kalau kita ingat kita kaya, ada orang lain yang lagi kaya. Kalau kita ingat kita cantik, ada lagi yang lebih cantik. Jangan terlalu sombong dengan apa yang ada. Sekejap je Allah ambil balik. Cinta itu datang tanpa diundang, perginya tanpa dihalau. Cinta itu pelik dan penuh misteri. Sejuta orang sejuta pelbagai rasa cinta. Jangan dipersoalkan bagaimana seseorang itu boleh mencintai kita. Cinta yang suci tiada jawapan. Malahan Hilman sendiri tak tahu jawapannya. Cuma hatinya dapat merasa. Sepatutnya Intan juga dapat merasa .Cinta suci itu ada. Hanya yang bertuah saja akan memilikinya. Intan dah menolak tuah.”
Abang berhenti sekejap,

“Cinta yang suci , tiada persoalan dan tiada jawapan. Ia dari Allah. Hanya mereka yang ikhlas saja yang terpilih untuk memilikinya. Ajaibnya rasa cinta ini, hanya Allah yang Maha Tahu.”

Sedu ku lagi kuat. Rasa nak menjerit ! Rasa nak hantuk kepala ke dinding ! Jahatnya aku! Kasihan Hilman….
“Intan! Intan! Control yourself! “abang mengoncang badan ku…dia terkejut. Tak pernah melihat aku meraung sekuat ini.

Aku menyembamkan muka ku ke riba abang dan melepaskan sesak di dada. Aku terus menangis dan menangis. Gempar semua! Mak memeluk dan ayah mengosok belakang ku…

“Sabar nak, sabar…Kan mak dah kata dulu, jangan sampai kera tampar mata.”
Kera tampar mata pulak!!! Lagi kuat aku melalak!

“Ishhh…awak ni tak pandai pujuk anak ke? Tambah sedih dia pulak! “marah ayah.

“Abang …tolong Intan. Mak ayah…Intan nak buat macam mana? Intan teruk sangat. Intan kutuk Hilman macam – macam.”
“Kali ini abang tak mahu tolong. Intan buat hal, Intan selesai sendiri. ”

Sampainya hati abang…Mak ayah mengganggukkan kepala, setuju dengan abang. Abang berdiri,

“Go…find your true love.”

“Tapi Intan malu….”

“Now or never! Buang ego Intan. Masa tak menunggu Intan. Dia dah buktikan cintanya suci. Now, it’s your turn to prove it.”

Aku berdiri, rasa macam bersemangat kembali.

“Go Intan go! Now or never! ”
Aku capai tudung, handphone dan berlari turun…..

“Pak Cik…kunci kereta saya mana? Mana kereta saya?”

“Kereta Cik Intan masuk worksyop.”

“Bak kunci kereta ayah.”
Aku memandu dengan kekoknya. Tak biasa bawa kereta ayah…tetapi demi Hilman, aku sanggup lakukan apa saja.

Hilman, Intan minta maaf.

Aku bercakap sendirian …membiarkan saja air mata ku mengalir deras.

Hilman…..