twitter
rss

Photobucket
Bab 1

Habis tuition malam, aku pandu kereta masuk ke KFC bersama dua orang kawan sekelas. Dah janji namakan dan selepas itu aku hantar mereka pulang ke rumah masing – masing. SPM , SPM jugak tetapi kena la enjoy juga sekali sekala. Peluang dapat keluar dan memandu kereta ayah (tanpa lesen tentunya…he he he) satu kesempatan yang besar bagi aku.Dapat makan kat sini pun rasa macam kaya sangat. Kami ambil tempat yang paling best…boleh mengadap TV . Masing – masing dok sedap mengunyah bila tiba – tiba masuk sekumpulan remaja ke dalam restoran segera ini. Bising betul kalau bangsa dia datang. Dua orang je dah cukup bising. Apa lagi seramai 30 orang ni. Riuh macam restoran dia punya je. Aku yang membelakangkan mereka, menjerit.
´ Woi…diamla sikit. Orang nak telan pun tak lalu!´


Terdiam sekejap, lepas tu bising semula.

Baru je aku nak jerit lagi, kawan aku menggelengkan kepala, melarang. Seorang lagi kawan, buat isyarat mata kat aku. Juga melarang. Biarkan je! Aku geram, saja nak tengok muka – muka yang memekak itu, bingkas bangun ke sinki. Kononnya nak basuh tangan tetapi sebenarnya nak jeling mereka kaw – kaw. Ketika aku bangun dan berjalan ke arah sinki, aku perasan ada seseorang yang juga kelam kabut bangun, mengekori aku ke sinki. Kami sama – sama basuh tangan. Dia menoleh ke arah ku dan senyum. Aku terlupa, membalas senyumannya. Chet! Kenapa aku balas senyumannya pulak? Bukankah dia salah seorang dari mereka yang memekak tadi?

Rasa sesal sambil berjalan ke arah meja semula. Tetapi terhenti sebab seorang budak perempuan cina sedang mengambil gambar kawan – kawannya. Kalau aku lalu kan block kamera dia pulak. Punyalah lama nak snap. Tercongok aku depan kumpulan mereka. Yang basuh tangan tadi pun sudah berada di sebelahku. Kelam kabut dia menyelitkan dirinya dalam kumpulan sebab nak bergambar sama. Senyum je dia. Bisingnya mereka dok mengira dalam Bahasa Cina dan sibuk la dok buat peace. 3 kali snap jugak. Bila dah habis , aku pun menuju ke meja ku. Sepatah terimakasih pun tak ada. Biadab sungguh!

Tukar tempat duduk kali ni. Aku saja menghadap mereka. Nak tengok mereka berani bising tak bila aku tenung mereka. Tak hairan pun mereka dengan aku. Selamba je makan sambil bersembang, lagi bising. Yang sama – sama membasuh tangan tadi, aku perasan asyik tengok aku je. Aku pandang balik dia sambil angkat kening. Berbaju hijau dan berseluar merah besar. Baru balik dari berlatih tarian singa kot. Senyum lagi. Dok basuh tangan tadi , senyum, dok posing tadi, senyum, sekarang sama – sama menghadap makanan di meja
masing – masing pun, dia masih senyum kat aku.

Apa kena budak cina ni? Ada sesuatu di muka ku ke? Ada arang ke? Ada cili terlekat di gigi ke? Rambutku terkeluar ke? Tudung ku senget? Tak boleh jadi ni. Aku cukup tak suka ditenung apalagi oleh lelaki, bukan Melayu pulak tu. Maka aku pun dengan aksyennya mengangkat ayam goreng tinggi – tinggi dan makan dengan berlagaknya. Nak tengok sangat, haaa..tengok la.

Aku nampak dia macam nak tergelak…tapi cepat – cepat ditahannya. Sibuk rakan – rakannya bersembang sampai tak sedar yang aku dan dia sedang berperang mata. Kawan – kawan aku yang dua orang ni lagi la….tunduk je menghabiskan ayam goreng masing – masing. Malu dan tak nak lama – lama di situ. Nak cepat beredar…tak tahan . Bising sangat.

Dah habis makan, aku sekali lagi ke sinki . Sibuk mengeringkan tangan di handryer, tiba – tiba depan muka ku di sua sehelai tisu. Aku toleh. Baju hijau itu lagi. Dia tersenyum dan mengisyaratkan agar aku mengambilnya. Aku ambil sambil tertanya – tanya. Apa hal mamat ni. Dia berlalu pergi sambil membuat isyarat, call me. Cis!

Malam itu selepas pulang, aku tertidur pulas. Lupa call me itu! Esok pagi, baru teringat. Mana tisu semalam. Cari – cari tak jumpa. Hmm…lantak laa...


Bab 2
8 tahun kemudian

Aku temankan abang ke KLCC. Nak pilih cincin kahwin untuk bakal isterinya . Sepatutnya abang pergi je bersama – sama tunangnya. Tetapi mak ayah aku tak suka. Baru tunang
belum jadi isteri lagi. Jangan nak usung anak orang ke hulu ke hilir. Lagi pun darah tengah manis. Jiwa tengah panas. Macam – macam hal boleh berlaku. Jalan terbaik, ambil je
ukuran jarinya dan aku yang pilih. Terkebetulan pulak, jarinya sama dengan jari ku. Cantik..lagi mudah.Dia suka ke tak suka , terpulang. Inikan hadiah dari kami. Orang nak kasi
hadiah apa, ambil je la. Terima je kalau betul – betul ikhlas nak bersaudara. Itu pendapat mak ayah . Kami menurut je..

Kami masuk ke sebuah kedai intan berlian yang ternama, Cherish Jewellery. Disambut oleh seorang jurujual yang cantik manis. Dibawanya kami ke meja pameran. Abang serahkan
je kepada ku nak pilih yang macam mana.


Aku suka emas putih . Sebiji batu berlian cukup. Simple tapi elegant. Sibuk la aku memilih dan mengacukan ke jari manis ku. Perasan la sekejap macam aku yang nak kahwin…Tapi
tak berapa berkenan la. Ada yang lain lagi tak? Jurujual itu menelefon seseorang, bossnya kot. Maka keluar la seorang lelaki dari belakang cermin ( dinding kedai mewah itu).


Dia tersenyum dan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang . Aku salah sangka, juga menghulurkan tangan nak bersalam dengannya. Ingat dia nak salam aku. Dia hanya
tersenyum dan meletakkan tangan kanannya ke dada kiri, membongkok sedikit seperti memberi hormat. Termalu aku. Apa la dia ni? Buat malu aku je.


” Welcome sir, madam..what is your preferance? What is your budget?”


” I prefer white gold..with one diamond. Genuine diamond,don't want false one”jelas ku.


“Don't worry, everything here are genuine. What is your budget Miss?”


“RM5k or better.. but not more then RM10k.”


Maka dikeluarkannya lagi yang tersimpan di dalam kotak. Selepas puas memilih dan mengacu, akhirnya aku memilih sebentuk cincin idaman hati ( konon) yang terletak cantik di jari manis ku.


Selepas membayar, abang menghulurkan kad kahwinnya kepada dia. Dia menerimanya dengan senyum. Aku pun berbasa basi.


” Jemput la ya .”


” InsyaALLAH..terimakasih kerana menjemput.”


InsyaALLAH? aku silap dengar ke.


” By the way, this is my card. Kalau nak apa – apa lagi, nak beli cincin, gelang , rantai atau apa saja, please come again. Very glad to know you guys.”


Aku baca kad yang dihulurkannya.


MUHAMMAD HILMAN YONG


” Sori ya nak tanya. You ni convert ke? ”


 Ya saya. I¶m a chinese muslim.” Islam rupanya, patut la tak salam aku.


” Bila tu ? ”


” After my 21st birthday…” dia menjawab dengan tenang sambil tersenyum.


Aku mengamati wajahnya. Hemm..not bad. Mata tak la sepet sangat. Hidung mancung. Rambut potongan terkini. Lagi tinggi dari abang. Tegap badannya. Pandai kung fu ni kot.Patut la wife dia berkenan kat dia. Mesti masuk Islam sebab nak kahwin dengan orang Melayu ni. Tak ikhlas!

Perempuan Melayu pun satu. Dah habis ke lelaki Melayu kat Malaysia ni sampai nak kahwin dengan bangsa asing?


´ Kat mana convert? ´


´ Di PERKIM.´ senyumnya lagi.


´ Macam mana tahu mengenai PERKIM? Siapa yang bawak? ´


´ Tak ada siapa – siapa…Pergi sendiri…´


´ Hmm..ok..see you then. Thank you.´ Abang tiba – tiba menarik tangan ku.


´ Ok…thank you. Please come again.´ dia melemparkan lagi senyuman manisnya, mempamerkan barisan putih gigi colgatenya.


Abang memegang tangan ku kemas – kemas, ditariknya aku seperti anak kecil.


´ Kenapa ni bang? Sakit la…perlahan sikit jalan tu…´


´ Kalau tak ditarik, pasti Intan tanya dia macam – macam lagi. Dah la tenung dia semacam, serba salah kawan tu. Malu la dia…´ Abang membebel.


´ Saja je nak tahu pasal apa dia masuk Islam. Mesti sebab nak kahwin. Islam kerana cinta. Bukan kerana Allah. Islam kulit je. Entah sembahyang ke tidak tu.´


Abang berhenti melangkah. Dia memandangku serius.


´ Tak baik cakap macam tu. Kita bukan Tuhan , tau niat hati orang macam mana. Cuba ubah sikap . Terlalu ego dan over confident. Sebab tu boyfiend semua tak lekat.´


´ Come on la. I yang dumped dia orang ok…Not my taste. Tak menepati piawaian…he he he.´


´ Tak menepati piawaian? Diri sendiri tu menepati piawaian ke ? Terlalu garang dan outspoken sebab tu boyfriend takut…ha ha ha.´


´ Baling cincin ni kang..baling kang..baling kat escalator ni kang…´ acah ku


´ Intan ..jangan laaaa…Ok la ok la..close the case. Abang minta maaf ya Intan payung, emas berlian gunung berapi nak meletopsss…ha ha ha.´


Aku turut gelak. Macam tu la abang aku. Selalu mengalah.


´ Dia pun hensem, jangan kan perempuan Melayu, mana – mana perempuan pun suka.´


´ Weiiiiiii…gay ke ni. Dok puji lelaki hensem..ha ha ha.´


´ Jaga sikit mulut tu. Jahat!´ abang pura – pura marah.



Bab 3
Sampai ke rumah, mana handbag aku ni?


Alamak! tertinggal kat mana? Puas aku cari dalam kereta, tanya abang , tanya mak ayah….
Last – last teringat mesti tertinggal di kedai berlian tadi. Habis la kalau jatuh ke tangan orang yang tak sepatutnya. Aku tak boleh nak tidur. Risaukan beg duit ku, kad bankku dan
segala benda alah dalam handbag itu. Waaaaa..kenapa la ku careless sangat!


´ Cuba call handphone Intan..kot berbunyi..haa kat situ la handbagnya.´ cadang mak.


´ Handphone ada dengan Intan ni haaa. Yang beg tu je tertinggal.´


´ Esok je la cari. Sementara tu telefon bank, repot pasal kehilangan kad. Minta mereka block semua tu.´ nasihat ayah


´ Nak call bank , buka lagi ke? Dah 11 malam lebih ? ´ tanya ku


´ Cuba call je .´ desak abang.


´ Ok la… harap – harap tertinggal kat kedai cincin tadi. Kalau awal lagi, boleh ke sana semula, tanyakan dia orang…´


´ Tu la..´ suara abang mula mengusik.


´ Tu la apa? ´


´ Balasan Tuhan.´


´ Nape lak?´ hatiku panas ..macam terasa – rasa nak dipaku oleh abang


´ Apa halnya? ´ tanya ayah.


´ Mulut dia tu…ke main lagi soal siasat one guy tu..Bila Islam..Kat mana Islam. Kepoh betul. Kesian that guy tu ayah…tersengih – sengih je, malu kot.´


´ Elehhh…takkan tanya macam tu , Tuhan nak balas? Lagi pun mak, ayah, Intan pelik la, dia baru je convert tapi macam lebih Islam pulak dari orang Islam. Tak mahu salam dengan
perempuan. Rupanya pun nak kata Cina , tak macam Cina sangat…nak kata Melayu tak macam Melayu, Cara bercakap ada bunyi – bunyi pelat Cina sikit. Tu yang confuse tu. Rasa
– rasa macam Cina..sekali dia bagi kad dia…haaa ..confirm! 



” Betul la tu…apa pulak salahnya. Kadang – kadang yang baru Islam lebih baik dari yang lahir Islam. Jangan jadi macam orang tu, tudung kejap pakai kejap buka.” wahhh..makku
membelanya sambil memangkahku. Kenal pun tak!


” Ni pergi pilih cincin ke pergi tilik orang? Kenapa tak ajak balik rumah je , boleh ayah berkenalan dengan dia. Untung – untung boleh dibuat menantu. Nak tunggu kamu tu cari, entah bila …Orang rekomenkan , tak nak.” giat ayah


” Laki orang buat apa? Lagi pun he¶s not my taste. I want tall, dark and handsome. Ada janggut and misai. Ini muka suci bersih je dari sebarang bulu. Tak macho langsung! he he he.”
tak mahu kalah aku


” Hulk Hogan nak? Macho tu , wrestler lagi…ha ha ha”. sakat ayah


” Kambing pun ok jugak. Tak pun kucing…kah kah kah! ” tambah abang
Aku apa lagi, sekuat hati aku menumbuk abang. Dia elak sambil gelak – gelak je. Mak ayah tertawa je melihat teletah kami.


Hmmm..malas la nak layan. Nanti buat dosa lagi. Baik aku tidur.
************************


Esok , sepagi yang mungkin aku ke kedai itu semula. Hati memang dah syak pasti di situ la aku tertinggal. Lambatnya kedai nak buka. Abangku tinggalkan je aku di situ. Aku tak
mahu drive sebab takut ditahan polis. Lesen ada dalam beg itu.


” Assalamualaikum Cik Intan.”


Aku pusing dan …Hilman semalam. Senyum je dia memandangku.


“How do you know my name Intan?”


“From your ic..”


Aku kegirangan..


“”My bag is here??”


“Yes…I keep it in the safe box. You were in hurry yesterday Miss. I don¶t see it,but my staff was it and gave it to me. I ran after you but in vain.. too many people here in KLCC.”
senyumnya.


” Terimakasih…alhamdulillah…syukur ya Allah. Terimakasih ya Encik Hilman. Encik Hilman dah breakfast ke belum? Mari saya belanja tanda terimakasih.”


” I'll think about it. Come and get your bag, Cik Intan.”


Dia menunggu 3 orang pekerjanya membuka kedai itu. Pengawal keselamatan seramai 2 orang mengawasi keadaan sekeliling. Awal juga dia sampai . Bagus boss macam ni. Muda –
muda lagi dah jadi boss. Mesti kedai bapak dia punya. Dia kemudian masuk ke dalam sekejap…Dia keluar dan di tangannya beg aku.


Yes! Yes! Yes!


” Sila cek Cik Intan…tengok kalau – kalau ada apa – apa kehilangan.”


” Eh..tak apa la Encik Hilman…I trust you.”


” Tak boleh Cik Intan. Kena periksa dulu…”


Aku teragak – agak…


” Kenapa? Ada apa – apa yang tak kena? ”


” “We can look at other place.Here is too open…I am not at ease.”


“Come into my room, please..”


Aku mengekorinya …wow! cantiknya bilik dia. Biasa la kan kerja tempat class …


” Do have a sit. Make yourself comfortable. Any tea or coffee? ”


” No thank you.”


Aku teragak – agak lagi…


” Sila Cik Intan…periksa kalau – kalau ada apa – apa yang hilang. Nanti saya dituduh mencuri pulak…” guraunya but I take it seriously, hangat sikit hati.


” Saya rasa tak perlu nak periksa semua ni Encik Hilman. Rasa seperti saya meragui kejujuran Encik Hilman pulak. Orang yang jujur bukannya dia nak pulangkan , pasti dah
diambilnya kan. Saya tak selesa. Lagi la pulak beg saya ada macam – macam, macam poket ajaib Doraemon.”


” Semalaman saya tenung beg tu…Saya tak tahu nak buat apa. Pasti Cik Intan risau . Nampak macam ada banyak barang berharga. Berat pulak tu. Kalau baling pick pocket, boleh
mati…”


Akhirnya…


Aku mengeluarkan barang dari dalam handbag untuk memuaskan hatinya dengan malu – malu


segugus segala mak nenek kunci


kunci kereta


mangga ( bukan buah…he he he )


purse


pen


gunting


lipstik


bedak


pengetip kuku


flos


Tisu


beberapa keping gambar paspot aku dari zaman dahulu kala


Novel Sidney Sheldon


beberapa dot dot dot ( he he he)


Aku cuma mengintai je ke dalam purse aku…tengok gitu – gitu je


´ Ada semuanya? ´


Aku menggangguk malas. Tak lalu nak tengok muka dia yang terlebih gula tu. Takut kencing manis.


´ Sori Cik Intan..dah saya kerja kat sini…sebuah company yang sangat mementingkan polisi, kejujuran, etika , peraturan dan sebagainya. Never trust anyone….lagi la kalau dalam
soal yang melibatkan bussiness dan wang. Cuma semalam saya ada membuka beg Cik Intan. Saya cari kot – kot ada handphone atau apa – apa yang boleh membantu saya
menghubungi Cik Intan. Maaf la ya…terpaksa selongkar dan tengok beberapa barang peribadi Cik Intan. ´


´ Tak apa….´ ( Dalam hati…malunya akuuuuuu )


´ Terimakasih kerana tolong simpan beg saya. Panggil saya Intan je. Formal la bercik – cik. Saya nak ajak Encik Hilman minum. Boleh ke?´


´ Kat sini pun boleh minum. Do call me Hilman.´


´ Saya rasa tak sedap sikit…..kita pergi kat tempat open la sikit…


´ Tunggu lunch hour saya boleh ? ´


´ Pukul berapa? ´


´ 1 – 2 pm.´


´ Ok…..nanti saya call Encik Hilman kat mana kita nak minum nanti.´


´ Hilman…Ok.´


´ Soriii..Hilman.´ sedap pulak sebut nama dia …opsssss
Aku keluar merayau – rayau dulu sementara menunggu lunch time dia. Jenuh la dok menjelajah KLCC tu selama 2, 3 jam. Tak ada plan nak beli apa – apa. Tengok je la. Baik aku
pergi ke Petronas Gallery, boleh jamu mata melihat pameran lukisan.Ralit sangat sampai terlupa nak call Hilman. Alamak! Dah pukul 1.45´.


0 comments:

Post a Comment